Sosioekonomi
Berasaskan Sektor Pertanian...
Sumber pendapatan utama penduduk di Kampung Batu Papan berasaskan kepada sektor pertanian. Hampir 90 peratus penduduknya berkecimpung dalam aktiviti pertanian dengan tanaman kelapa sawit untuk menyara kehidupan keluarga. Kegiatan tanaman kelapa sawit dijalankan di atas tanah yang berkeluasan hampir 480 ekar. Harga minyak sawit yang tinggi memberi pulangan yang lumayan kepada golongan ini. Senario ini turut mendatangkan impak positif kepada taraf hidup para pengusaha kelapa sawit di sini.

Ada juga penduduk yang menoreh getah di atas keluasan tanah hampir 120 ekar.
Selain itu, ada yang membuka kedai makanan dan minuman di sekitar kawasan
kampung. Pendapatan sebilangan kaum wanita pula diperoleh melalui hasil industri kecil sederhana seperti penghasilan produk sejuk beku, jahitan dan bakeri.