PROFIL KAMPUNG
Kata-kata Aluan
![]() |
Tn. Haji Abdul Mokhtar Bin Othman, PKT, PJK Pengerusi JKKK Kg. Batu Papan |
Alhamdulliah, Syukur kehadrat Allah s.w.t dengan limpah dan rahmatnya dapat juga JKKK Kampung Batu Papan menyiapkan profil kampung di dalam blog ini untuk tatapan semua pembaca.
Profil kampung ini adalah berkaitan maklumat kampung, sejarah dan perkembangan di dalam sebuah kampung tradisional. Oleh yang demikian, dalam mengejar arus pembangunan, kita
seharusnya berani melangkah ke hadapan merentas cabaran masa kini untuk membina
generasi maju seterusnya membawa kepada kemakmuran setempat.
Akhirnya
saya berharap , komuniti Kampung Batu Papan akan terus berganding bahu sederap
kehadapan, kukuhkan perpaduan, bekerja lebih gigih dan elakkan persengketaan
sesama kita untuk merangkul kejayaan dan kecemerlangan.
Semoga kampung kita berjaya dan
menjadi kampung idaman .
Sekian
, Wassallam
Sejarah Kampung
Sejarah
Kampung Batu Papan bermula pada berpuluh tahun yang lampau. Pada zaman
dahulu , jalan sungai merupakan laluan utama atau penghubung antara masyarakat
dalam menyelasaikan urusan kehidupan.
Diceritakan oleh orang –orang dahulu, asal usul
nama Kampung Batu Papan bermula apabila sekumpulan pedagang yang berulang alik
mencari rezeki menggunakan laluan Sungai Pahang telah berlabuh berhampiran
dengan sebuah lubuk yang dikelilingi oleh batu- batan yang besar. Salah satu
hamparan batu-batu tersebut amat cantik.Pemukaannya yang rata dari atas ke
bawah serta berbentuk seperti dinding papan rumah telah menarik perhatian.
Kg. Batu Papan mula di buka pada tahun 1926 oleh
2 orang adik beradik yang berasal dari Kuala Bera yang bernama Wei dan Budui.
Penempatan asal adalah di pinggiran Sungai Pahang.Tanaman padi adalah menjadi
pekerjaan utama ketika itu.Beberapa tahun kemudian kampung itu telah bertambah
besar dan didiami oleh 10 keluarga. Setelah jalan raya dibuka oleh Rejimen
Askar Melayu pada tahun 1951 mereka telah membuka penempatan baru berhampiran
jalan raya yang dikenali Kg. Batu Papan yang ada sehingga ke hari ini.
Sumber: Sejarah orang-orang tua
Maklumat Asas
Data Tahun : 2017
Daerah : Bera
Mukim : Bera 2
PARLIMEN
Parlimen :
Bera
Ahli Parlime : YB Dato' Seri Hj. Ismail Sabri
Bin Yaakob,SSAP.,
DIMP.,DMSM.,ADK (Merangkap Menteri Luar Bandar dan Wilayah)
DIMP.,DMSM.,ADK (Merangkap Menteri Luar Bandar dan Wilayah)
DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)
DUN : Guai
Ahli DUN :
YB Dato’ Norul Azali Bin Sulaiman,DIMP.,
Pegawai Daerah : Dato’ Razihan Bin Adzharudin,DIMP.,
Pegawai Daerah : Dato’ Razihan Bin Adzharudin,DIMP.,
Penghulu Mukim : Wan Ahmad Fakharruddin Bin Wan Kamaludin
PENTADBIR KAMPUNG
Pengerusi JKKK: Hj. Abd Mokhtar Bin Othman
No telefon : 013- 5154680
Alamat
E-mail:kgbatupapanbera@gmail.com

“SEPAKAT MEREALISASIKAN MATLAMAT”
LOGO
|
1.
Latar belakang berwarna Hijau– melambangkan kawasan Kampung Batu Papan yang
luas dan subur
2.
Bentuk Segi Tiga dihubungkan dengan satu garisan –
persepakatan yang utuh dan padu untuk mencipta kecemerlangan, kegemilangan dan
terbilang.
3.
Kotak berwarna merah , putih
dan kuning :
Merah - Semangat
yang kental berdepan cabaran
Putih - Kedamaian
hidup harus diutamakan atau diperjuangkan
Kuning - Kesetiaan
kepada perlembagaan dalam dalam mengejararus
pembangunan.
Biru - Keamanan dan di bawah
satu bumbung