JKKK DAN ORGANISASI PENGGERAK KAMPUNG

Penggerak Utama......

Lawatan ke Kg Sekati,Terengganu
Kampung Batu Papan ditadbir oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Batu Papan (JKKK). Objektif utama penubuhan JKKK Kampung Batu Papan ialah merapatkan perpaduan sesama penduduk, menyampaikan maklumat–maklumat dan membentuk masyarakat progresif melalui pembangunan desa sejahtera.

Ketua Kampung Batu Papan iaitu Tn. Hj. Abdul Mokhtar merupakan Pengerusi JKKK dan dibantu oleh pendokong utama, Setiausahanya iaitu En. Mohd Fadzbil Bin Idris. Melalui pentadbirannya, teradapat 12 biro diwujudkan bagi memantapkan lagi pengurusan iaitu Biro Perpaduan, Kebajikan dan Wanita, Biro Pertanian dan Ternakan, Biro Keceriaan, Biro Belia, Sukan dan Rekreasi, Biro Pendidikan dan Sumber Manusia, Biro Teknologi Maklumat, Biro Ekonomi, Biro Infrastruktur dan Kemudahan Awam,  Biro Sosial dan Kebudayaan, Biro Bencana Alam dan Biro Keagamaan dan Kebajikan. Sejak sekian lama JKKK telah berperanan dan mencapai objektifnya untuk mengeratkan hubungan baik sesama masyarakat di samping memajukan kampung.

Disamping JKKK, terdapat juga organisasi, persatuan dan pertubuhan lain untuk membantu bersama-sama menggerakkan kampung seperti UMNO Cawangan, KRT, RELA, Perpustakaan Desa, Persatuan Belia, Surau, Masjid dan juga Peladang.

Sehingga kini banyak program-program yang telah dikendalikan oleh JKKK,yang melibatkan keagaaman, kerohanian, kebudayaan dan kesenian, patriotisme dan kemerdekaan dan juga berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi.  Contohnya, JKKK bersama penduduk kampung mengadakan aktiviti gotong-royong dan sukan bagi merapatkan hubungan silaturahim. JKKK juga turut mengadakan acara tahunan untuk penduduk kampung bagi merapatkan lagi hubungan sesama mereka. Kerjasama baik selama ini telah dapat membantu memajukan kampung. Melalui JKKK juga masyarakat di sini telah mendapat pelbagai maklumat berguna membabitkan hal-hal pembangunan samada fizikal mahupun rohani.




Popular posts from this blog

PROFIL KAMPUNG

Populasi dan Aktiviti Kemasyarakatan

Kemudahan Asas