Populasi dan Aktiviti Kemasyarakatan
Sebuah kampung tradisional...
Jumlah penduduk di Kampung Batu Papan seramai 541 orang terdiri daripada 115 buah keluarga. 100% peratus penduduknya adalah Melayu.
Sejak zaman-berzaman, semua aktiviti
melibatkan penduduk kampung akan dilakukan bersama-sama. Amalan gotong-royong
dan ziarah-menziarahi sesama penduduk masih wujud dan menjadi pegangan sehingga
ke hari ini. . Keutuhan nilai kesopanan di kalangan penduduk kampung yang menjadi keunikan utama dalam identiti kampung.
Kemajuan negara dari segenap aspek sama ada
ekonomi, sahsiah dan budaya turut dirasai oleh para penduduk di Kampung Batu Papan. Kebanyakan kediaman penduduk sudah berubah kepada reka
bentuk serba moden. Taraf hidup masyarakat turut meningkat kerana usaha
keras mereka di dalam berbagai bidang pekerjaan yang diceburi terutamanya di dalam pertanian, perladangan, perternakan dan juga kesusahawanan.