Posts

Kemudahan Asas

Image
Impak Pembangunan.... Menerusi strategi pembangunan berterusan, maka pelbagai prasarana dibangunkan bagi kemudahan komuniti Kampung Batu Papan seperti masjid, surau ,bangunan kedai, astaka, bangunan kerajaan  dan gelanggang futsal, padang bola dan banyak lagi.  Selain itu, kemudahan untuk pendidikan juga terdapat di kampung ini seperti sekolah rendah, perpustakaan desa, tabika kemas, pra-sekolah, pusat ICT dan pusat tuisyen. Kemudahan asas utama seperti jalan raya yang berturap membolehkan penduduk kampung bergerak tanpa sebarang masalah. Sebuah jeti juga dibina untuk kemudahan penduduk kampung untuk kegiatan di sungai. Kini, kemudahan asas seperti bekalan air bersih, elektrik dan telefon dimanfaatkan oleh penduduk Kampung Batu Papan. 

Sosioekonomi

Image
Berasaskan Sektor Pertanian... Sumber pendapatan utama penduduk di Kampung Batu Papan berasaskan kepada sektor pertanian. Hampir 90 peratus penduduknya berkecimpung dalam aktiviti pertanian dengan tanaman kelapa sawit untuk menyara kehidupan keluarga. Kegiatan tanaman kelapa sawit dijalankan di atas tanah yang berkeluasan hampir 480 ekar.  Harga minyak sawit yang tinggi memberi pulangan yang lumayan kepada golongan ini. Senario ini turut mendatangkan impak positif kepada taraf hidup para pengusaha kelapa sawit di sini. Ada juga penduduk yang menoreh getah di atas keluasan tanah hampir 120 ekar. Selain itu, ada yang membuka kedai makanan dan minuman di sekitar kawasan kampung. Pendapatan sebilangan kaum wanita pula diperoleh melalui hasil industri kecil sederhana seperti penghasilan produk sejuk beku, jahitan dan bakeri.

JKKK DAN ORGANISASI PENGGERAK KAMPUNG

Image
Penggerak Utama...... Lawatan ke Kg Sekati,Terengganu Kampung Batu Papan ditadbir oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Batu Papan (JKKK). Objektif utama penubuhan JKKK Kampung Batu Papan ialah merapatkan perpaduan sesama penduduk, menyampaikan maklumat–maklumat dan membentuk masyarakat progresif melalui pembangunan desa sejahtera. Ketua Kampung Batu Papan iaitu Tn. Hj. Abdul Mokhtar merupakan Pengerusi JKKK dan dibantu oleh pendokong utama, Setiausahanya iaitu En. Mohd Fadzbil Bin Idris. Melalui pentadbirannya, teradapat 12 biro diwujudkan bagi memantapkan lagi pengurusan iaitu Biro Perpaduan, Kebajikan dan Wanita, Biro Pertanian dan Ternakan, Biro Keceriaan, Biro Belia, Sukan dan Rekreasi, Biro Pendidikan dan Sumber Manusia, Biro Teknologi Maklumat, Biro Ekonomi, Biro Infrastruktur dan Kemudahan Awam,  Biro Sosial dan Kebudayaan, Biro Bencana Alam dan Biro Keagamaan dan Kebajikan. Sejak sekian lama JKKK telah berperanan dan mencapai objekti...

Populasi dan Aktiviti Kemasyarakatan

Image
Sebuah kampung tradisional.. . Jumlah penduduk di Kampung Batu Papan seramai  541 orang terdiri daripada 115 buah keluarga. 100% peratus penduduknya adalah  Melayu.  Sejak zaman-berzaman, semua aktiviti melibatkan penduduk kampung akan dilakukan bersama-sama. Amalan gotong-royong dan ziarah-menziarahi sesama penduduk masih wujud dan menjadi pegangan sehingga ke hari ini. . Keutuhan nilai kesopanan di kalangan penduduk kampung yang menjadi keunikan utama dalam identiti kampung. Kemajuan negara dari segenap aspek sama ada ekonomi, sahsiah dan budaya turut dirasai oleh para penduduk di Kampung Batu Papan. Kebanyakan kediaman penduduk sudah berubah kepada reka bentuk serba moden. Taraf hidup masyarakat turut meningkat kerana usaha keras mereka di dalam berbagai bidang pekerjaan yang diceburi terutamanya di dalam pertanian, perladangan, perternakan dan juga kesusahawanan. 

PROFIL KAMPUNG

Image
Kata-kata Aluan Tn. Haji Abdul Mokhtar Bin Othman, PKT, PJK Pengerusi JKKK Kg. Batu Papan Alhamdulliah, Syukur kehadrat Allah s.w.t dengan limpah dan rahmatnya  dapat juga JKKK Kampung Batu Papan menyiapkan profil kampung di dalam blog ini untuk tatapan semua pembaca. Profil kampung ini adalah berkaitan maklumat kampung, sejarah dan perkembangan di dalam sebuah kampung tradisional. Oleh yang demikian,  dalam mengejar arus pembangunan, kita seharusnya berani melangkah ke hadapan merentas cabaran masa kini untuk membina generasi maju seterusnya membawa kepada kemakmuran setempat. Akhirnya saya berharap , komuniti Kampung Batu Papan akan terus berganding bahu sederap kehadapan, kukuhkan perpaduan, bekerja lebih gigih dan elakkan persengketaan sesama kita untuk merangkul kejayaan dan kecemerlangan. Semoga kampung kita berjaya dan menjadi kampung ida man . Sekian , Wassallam Sejarah Kampung Sejarah  Kampung Batu Papan bermula pada berpuluh tah...