PROFIL KAMPUNG

Kata-kata Aluan Tn. Haji Abdul Mokhtar Bin Othman, PKT, PJK Pengerusi JKKK Kg. Batu Papan Alhamdulliah, Syukur kehadrat Allah s.w.t dengan limpah dan rahmatnya dapat juga JKKK Kampung Batu Papan menyiapkan profil kampung di dalam blog ini untuk tatapan semua pembaca. Profil kampung ini adalah berkaitan maklumat kampung, sejarah dan perkembangan di dalam sebuah kampung tradisional. Oleh yang demikian, dalam mengejar arus pembangunan, kita seharusnya berani melangkah ke hadapan merentas cabaran masa kini untuk membina generasi maju seterusnya membawa kepada kemakmuran setempat. Akhirnya saya berharap , komuniti Kampung Batu Papan akan terus berganding bahu sederap kehadapan, kukuhkan perpaduan, bekerja lebih gigih dan elakkan persengketaan sesama kita untuk merangkul kejayaan dan kecemerlangan. Semoga kampung kita berjaya dan menjadi kampung ida man . Sekian , Wassallam Sejarah Kampung Sejarah Kampung Batu Papan bermula pada berpuluh tah...